Mahasiswa ;3 HAHAHA.
► Friday, 15 June 2012 // 08:30
ASSALAMMUALAIKUM.
Setiap Kejayaan seseorang itu bermula daripada cita².
same goes to me.
PART1 IN DIPLOMA IN BUSSINESS STUDIES.
First day class.
bersemangat waja biarpun kena berkorban berjalan jauh untuk ke kelas dari hostel.
Lagi2 room saya di aras5, aras yang paling atass. Memang sangat memenatkan, Hari-hari kena naik tangga. Weeeee. Kadang2 sampai nda larat suda ;3 tapi mungkin ni semua ada hikmahnya ;) And then, banyak dapat kawan baru. Sangat Happening;3
Mungkin. Terpaksa banyak berkorban untuk sem ne! Kena beli buku yang mahal2 lagi. Sebab sem lepas tyme precom, sangat selesa nda paya susah2 mo pe beli buku.
But its Ok :3 Demi kau aku sanggup. HAHAHA:DDD
Kalau cerita pasal harapan2 neee, memang banyak harapan untuk sem ne, mo dapat high pointer la. Itu sudah semestinyaaaaa, Kan Kan Kan :D
Pesanan pada diri ;
------> Jangan MALAS <------
Ok laaaaa. rasanya itu jaa. speechless suda. Kbye. Enjoy your days;DD
HAHAHa;3
Adab² Dalam Bersahabat ;3
► // 08:15
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”
.
Ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Al-Qamah iaitu seorang ulama’ masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat antaranya :
1) Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3) Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4) Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Sayidina Ali k.m.h pernah berkata : ” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.
Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.
jyeah!
► // 05:41
Kisah Sahabat Sejati.
► // 05:30
Dalam hidup ni, setiap orang mendambakan seorang sahabat yang sejati. Korang pernah dengar kisah-kisah persahabatan yang meruntun jiwa. Kisah-kisah persahabatan yang bila korang baca, korang akan kagum dengan jalan cerita tersebut. Jom, aku kongsi dengan korang satu kisah yang sangat-sanagt aku ingat sejak dari waktu kecil dulu.
Dan kisah ini, aku masih ingat walaupun aku baca sejak dulu lagi. Mungkin korang pernah dengar. bagi aku, ini memang kisah persahabatan yang sangat meruntun jiwa.
************
Terdapat dua orang sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, setiap perkara yang mereka buat akan dilakukan bersama-sama. Dari meredah hutan, memancing, belajar dan apa-apa sahaja sekalipun, mereka akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata, dimana ada sahaja, akan ada mereka berdua.
Seawal usia remaja, negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini telah memaksa semua remaja untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi mempertahankan tanah air. Tidak terkecuali, dua orang sahabat ini. Mereka memasuki bidang ketenteraan bersam-sama.
Pada suatu pagi yang hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang markas tempat tentera ini. Maka suasana yang pada mulanya hening menjadi hingar bingar. Kdengaran buyi tembakan mush memecahkan kesunyian pagi. Pihak musuh yang menyerang telah menembak membabi buta. Maka, tunggag langgangla lah pihak tentera tadi termasuk dua orang sahabt tadi.
Sesampainya mereka di markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah sahabat baiknya tiada di situ. Maka dengan rasa kelam kabut, dia bergegas meminta izin kepada ketuanya untuk keluar kembali ke tempat peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi ketua itu telah menolak seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana, sahabatmu telah mati dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja. "
Oleh sebab terlalu kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptenya tadi.
Selang setengah jam kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di bahagian perut. Ketuanya melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya sia-sia je" Sahabat tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku dapat mendengar kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil berkata dalam hati "Hanya cakap kosong"
Namun, oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang semula kepada seraya bertanya. "Sebenarnya apa yang dia telah katakan kepada kamu sehingga kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu kepadanya?"
Jawablah sahabat tadi sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang kembali mencari saya" Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum puas.
************
Dalam hidup ini, sukar untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat terima baik buruk kita. Seorang sahabat yang mampu untuk bersama dengan kita masa susah dan senang. Sebanya, kita tak mampu untuk berfikir apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu.
Hatta seorang ibu sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang difikirkan oleh anaknya walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.
Satu hari nanti, bila korang telah menemukan seorang sahabat sejati. Maka jagalah diri dia dengan sebaik-baiknya kerana mungkin satu hari nanti, korang takkan menemukan lagi seorang lagi sahabat sepertinya. Sahabat sejati takkan sanggup menggadaikan persahabatanya semata-mata keran cinta dan duit. Selalu korang tengok dalam filem-filem melayu, seorang sahabt sejati lebih sanggup memendamkan perasaan daripada melukakan hati kawannya tersebut.
Bagi aku, tiada satu tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan seorang sahabat sejati. Ia datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal selama-lamanya. Berbahagilah korang bila korang sudah mampu menyedarinya. ^^